widgeo.net

Popular Posts

Saturday, February 8, 2014

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE


1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
3. Berapa harga satu canister ESP?
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?
 SUMBER

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

TAHUKAH ANDA?
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI,
Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera 


Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com
FB FanPage:Vita Lee Shoppe

Saturday, February 1, 2014

ANEMIA SEMASA HAMIL..EFFECT HB RENDAH PADA BAYI DLM KANDUNGAN DAN PREGGY MOMMY!! please be super alert!!

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak berkongsi sikit cerita kenapa sangat-sangat penting zat besi supaya hb preggy mommy stabil..jommm..article ni saya dpt masa blogwalking..di blog seorang doctor >>disini<<..so, preggy mommy, please be extra alert ye..bukan setakat makan asid folic dan minum susu dah cukup..

*************************************************************


arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalian akan naik dgn cepat....


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
vitalea_multivitamin
Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...


Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

tolong jangan ambik mudah perkara ni..sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..
berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terperinci..

Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com
FB FanPage:Vita Lee Shoppe

Friday, January 17, 2014

5 Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk!

Ramai yang tertanya apa punca berat badan mereka naik secara mendadak. Jom kita ketahui punca-punca berikut. 

1. Makan Makanan Rendah/Bebas Lemak 

Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalan makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuat seseorang untuk berasa lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar. 

2. Tidur terlalu sedikit/banyak. 

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk utama. 

3. Minuman Bergas

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minuman bergas sehari akan meningkatkan punca kegemukan sebanyak 33 peratus. Penyelidikan membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.  

4. Elak waktu Makan

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi. 

5. Makan Terlalu Cepat

Hasil daripada kajian Journal of The American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu orak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedar. 

Monday, January 6, 2014

Kepentingan OsteMatrix Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Hamil

Adooooooi! Sakitnya pinggang ni!

Ada tak ibu-ibu yang tidak pernah mengalami gejala sakit pinggang ketika hamil? Saya rasa 75 peratus pasti pernah mengalami sakit pinggang ketika hamil. Wahai kaum Adam ingat senang ke nak lahirkan umat Muhammad SAW ke dunia? Perit tau! Sayangilah isteri anda! Gejala sakit pinggang ketika hamil ini sedikit sebanyak akan mengganggu keselesaan rutin harian ibu mengandung. Tapi bagaimana ia boleh berlaku? 


ostematrix shaklee melegakan sakit pinggang ketika hamil

  • Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabilsehingga area pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi.
  • Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram selama kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.
  • Perubahan postur tubuh saat hamil yang semakin membesar sehingga mengubahpusat gravitasi anda sebelumnya.


Ibu hamil akan mengalami begitu banyak perubahan pada emosi, mental dan fizikalnya. Maka ibu hamil disarankan mendapatkan keperluan nutirisi yang mencukupi ketika fasa kehamilan bagi menjaga kesihatan diri sekaligus mengelakkan sebarang komplikasi terjadi.

Kebiasaanyan menjelang trimester kedua dan ketiga ibu hamil akan mengalami sakit pinggang dan kekejangan kaki. Bayi di dalam kandungan akan membesar sekaligus memberi tekanan kepada rahim. Ini menyebabkan simptom sakit pinggang dan kekejangan kaki terjadi. Jadi sebaiknya ibu hamil disarankan sentiasa cuba mengurangkan sebarang beban di bahagian belakang sama ada ketika duduk, berdiri, mengangkat barang, tidur/baring atau pun berjalan.

American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil. Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.
sumber  Umm.Edu


Bolehkah ibu-ibu hamil menyediakan makanan yang mempunyai kalsium dan magnesiumsetiap hari? Ibu hamil perlu makan makanan seperti susu, keju, yogurt, makanan laut, sayuran hijau dan sebagainya. Mudah ke nak sediakan hari-hari? 


ostematrix sakit pinggang ketika hamil
Jangan risau! Jika ibu-ibu sukar menyediakan makanan tersebut shaklee ada menyediakan vitamin yang lengkap dengan kalsium dan magnesium iaitu Ostematrix. Jom kita baca apa yang best ostematrix ni.

Khasiat Ostematrix

  • boleh melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
  • bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
  • membantu pembentukan janin bayi yang kuat
  • melegakan migrain
  • mencegah osteoporosis
  • Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi 

Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com

Kalsium Membantu Mengurangkan Komplikasi semasa Bersalin

Wanita dan kalsium bagai irama dengan lagu!

Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Terutama sekali wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik. Untuk artikel penuh boleh baca di sini. 





Kebaikan Kalsium serta Risiko Kekurangan Kalsium buat Ibu Mengandung
  • Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.  Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih mudadaripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Antara perkara yang paling saya takuti sewaktu mengandung ialah sakit gigi!! 

Saya telah bertemu dengan Shaklee, dan terus jatuh hati dengan Ostematrix! Ia bukan sekadar pil kalsium biasa. Saya ni bukanlah jenis yang tak suka minum susu. Kat rumah sentiasa ada stok susu full cream dalam peti ais. Namun dengan Ostematrix, terasa perbezannya. Selain baik untuk penyusuan, ia juga salah satu sumber kalsium yang baik utk saya. 



Sebelum kenal dengan Ostematrix, saya sering memandang sinis pengambilan pil kalsium. Ini kerana terdapat artikel yang mengatakan kalsium dalam bentuk pil tidak diserap dengan baik oleh tubuh, seterusnya mengakibatkan penyakit batu karang. Walaubagaimanapun, kini saya dapati pendapat ini KURANG TEPAT. Kerana penyerapan kalsium yang optimum boleh berlaku jika dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D!! Dan inilah yang terdapat dalam Ostematrix!

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Sekiranya anda wanita dan masih memandang remeh keperluan kalsium tubuh anda, inilah masanya anda mengambil langkah bijak untuk mencegah! Hindari osteoporosis!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan

(credit by superbvitamin.blogspot.com)


Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com

Saturday, January 4, 2014

Makanan Tak Seimbang Punca Kanser Usus



ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukan anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit yang kronik?

Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40tahun ke atas.

Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.

Menurut Pakar Perundingan Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.

''Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahan Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usu dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.

Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ yang lain.

''Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain,'' katanya.

Namun kebanyakkan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.

Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keaddan di dalam kolon.

''Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser,'' katanya.

Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang. -Sumber Utusan Malaysia

Antara preskripsi diet untuk mencegah masalah sembelit:-
  • Makanan tinggi serat seperti buah, sayur, kekacang, bijirin penuh
  • Buah-buahan kering terutama buah prune
  • Minuman panas contohnya kopi yang mengandungi kafein
  • Psyllium
  • Probiotik
  • Supplement
Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

Ostematrix

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Meal Shakes

Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit.

Herb Lax

Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan, jangan dibiarkan ia terus menghantui anda. Sekiranya ia berkait dengan masalah fisionlogi, sila berjumpa dengan doktor. Namun jika berkait dengan diet anda, ubahlah diet dan ambillan suplemen yang sesuai.

Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com

Tuesday, December 17, 2013

Vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri

Assalamualaikum dan Hi kepada pembaca setia Ilyana Health & Beauty. Hari ini saya nak bercerita sebanyak sedikit tentang set kecantikkan shaklee. 

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Apa kata mereka yang telah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee ini?


Testimoni Set Kecantikkan

Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.

Untuk Order Hubungi Saya:

Nurlily Aqmar
ID: 958541
Sms/Whatsapp:016-5722906
Email: nurlilyaqmar29@gmail.com